h ~love is beautiful~: pengemar hamster berisiko dijangkiti Leptospirosis

Pengikut

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Isnin, 20 Februari 2012

pengemar hamster berisiko dijangkiti Leptospirosis

˙˙ɯnʞıɐןɐnɯɐןɐssɐ˙˙


haii olsss...setiap kali nk hapdate entry mest hai ollsss..x de perkataan lain ker..x pe nant I pikir2 kn utk cr ayat lain eh..hehe..sebenaya nk share nie..sape2 yg gemar menternak hamster berhati2 lah yer..sy pon pengemar hamster..tp skrg dh stop dh sbb hamster habis lari semua..okey klu nk tau jom bc nie..sumber dr Aku Anak Pahang..


sumber pic dr en GOOGLE


Pemelihara Hamster Berisiko Dijangkiti Leptospirosis


Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu kini sedang menjalankan kajian kaitan pemeliharaan hamster dengan risiko jangkitan Leptospirosis.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr A Rahman Mokhtar berkata, jabatan itu sudah diminta membuat kajian bagi mengesahkan sama ada pemeliharaan hamster boleh menyebabkan jangkitan penyakit tersebut.

Menurutnya, Leptospirosis adalah sejenis penyakit zoonosis (penyakit yang berjangkit daripada haiwan kepada manusia) disebabkan oleh bakteria daripada genus Leprospira interrogans.

“Manusia boleh dijangkiti apabila terdedah kepada air, makanan atau tanah dicemari dengan dengan air kencing haiwan jenis mamalia berjangkit seperti tikus, kucing, anjing, lembu, kambing, babi dan kuda.

“Kebanyakan haiwan mamalia termasuk haiwan pemeliharaan seperti hamster berpotensi dijangkiti dan tempoh masa inkubasi iaitu tempoh masa daripada terdedah sehingga timbul gejala antara dua hingga 10 hari,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas majlis Penyerahan Sumbangan Dana Bantuan Kebajikan Sosial Perubatan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kompleks Rawatan Harian.

Menurutnya, jabatan kesihatan juga sedang menyiasat kesahihan maklumat mengenai seorang pemelihara haiwan mamalia itu yang terpaksa dipotong tangan dan kakinya bagi menentukan punca sebenar penyakit.

Katanya, antara gejala jangkitan penyakit ini adalah demam yang tinggi, sakit kepala, menggigil, sakit otot, muntah, penyakit kuning, radang mata, sakit perut, cirit-birit, batuk dan ruam.

A Rahman juga meminta orang ramai mengambil langkah pencegahan dan kawalan agar sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan persekitaran.

Menurutnya, memandangkan cara jangkitan utama Leptospirosis melalui kulit atau selaput membran, orang ramai mestilah berhati-hati sekiranya ada luka, calar pada kulit, kudis dan sebagainya ketika mengendalikan haiwan peliharaan.

“Bagi yang mempunyai risiko terdedah kepada air tercemar hendaklah sentiasa berkasut dan berpakaian sempurna atau berpakaian kalis air. Elakkan bermain air atau mandi-manda di sungai atau kolam jika luka di kulit.

“Jika masih juga terpaksa terdedah kepada air, tutup luka atau kudis tersebut dengan sempurna dengan plaster kalis air,” katanya.

Beliau juga meminta orang ramai segera mendapatkan rawatan jika terdapat gejala penyakit dalam tempoh dua minggu dari tempoh mengunjungi air terjun, sungai, tasik dan kolam. - Sumber Sinar harian

berhati2 pd penternak hamster dn pemgemar hamster ye..hamster nie mmg comel tp sayang die ttp adeq beradik tikus..so berhati2 jelah ye..
dulu I ade bela gak adelah dlm 12 ekor tp semuanya dh lari dr umah..


like me plshhh

3 ulasan:

silah tinggalkn komen2 anda..komen yg membina memberi semangat ;)

Daisypath - Personal pictureDaisypath
Daisypath - Personal pictureDaisypath
PitaPata Cat tickers